“Aku selalu teman bos outstation, satu hari tu dia luah perasaan, dia tahu aku ada suami, sampailah kami terlanjur..”

Banyak kisah mengenai suami isteri yang curang sehingga kadangkala terfikir adakah mereka terlupa dosa bersetubuh tanpa hubungan halal.

Menerusi Kisah Rumah Tangga, seorang wanita membuka pekung di dada selepas mengaku terlanjur bersama bos 10 tahun lebih tua dan juga suami orang.

Lebih mengejutkan wanita di usia 40 an itu juga sudah bersuami dan mempunyai dua anak.

Kisah curangnya bermula selepas sering mengikut Mr A (bos) outstation (kerja luar kawasan).

“Bulan berikutnya kami outstation bersama sekali lagi selama lima hari atas urusan kerja dan disaat itulah kami telah terlanjur.

“Hubungan kami bertambah rapat, hampir setiap hari lunch bersama. Kami pernah berbincang tentang hala tuju hubungan ini.

“Dia berterus terang menyatakan bahawa tak mungkin dia akan bercerai dengan isterinya sebab memikirkan anak-anak dan saya juga berfikiran yang sama.

“Sepanjang perhubungan kami, saya sering dilanda perasaan bersalah dan rasa berdosa pada suami, anak-anak dan juga Tuhan,” ujarnya.

Mengaku takut akan dosa namun wanita itu tidak kuat menanggung rindu akan bos sehingga kembali bersama.

“Saya pernah sekat akaun WhatsApp Mr A selama dua minggu namun mengalah sebab tak tahan menanggung rindu. Kini rasa berdosa itu datang lagi.

“Saya sering menangis bila memikirkan dosa yang saya lakukan, betapa rendahnya maruah dan akhlak saya” ujarnya.

Jika merasa diri sudah tidak lagi saya dengan pasangan, maka jangan seksa mereka dan carilah kebahagiaan anda dan bukan terus hidup dalam dosa.

Related Posts

Uncategorized